Alhamdulillah..
syukur atas kurniaan Allah SWT... di atas qada dan qadarNya.. umi n mr. P telah mengikat satu ikatan baru iaitu ikatan pertunangan pada malam 16.12.11. umi rasa amat bersyukur sekali kerana walaupun perancangan hanya dibuat dalam masa 1 hari...pada mula perancangan nak buat majlis biasa sahaja tanpa ada hantaran... kerana semua tu hanya adat Melayu sahaja.. ayah kata yang paling penting kita ikut cara Islam sebetulnya... tapi oleh kerana pihak lelaki inginkan hantaran, jadi kami pun buatlah semana yang mampu dalam masa setengah hari aje... alhamdulillah.... semuanya dapat dijalankan dengan baik dan lancar...
umi tidak menduga apa yang akan terjadi dan yang telah terjadi.. hanya mampu memohon kepada Allah SWT agar menguatkan jodoh kami berdua dan mempermudahkan segala urusan kami dua keluarga.... AMIN.....
orang kata bila dah bertunang ni banyak perkara yang akan menduga kita.. betul ke?? hurmmm... mungkin disebabkan kita terlalu memikirkannya... mungkin ye.. mungkin tidak... tapi yang paling penting.. kita kne jaga diri kita dari segala perkara amarah... cuba tidak mengikut perasaan dan title tunang yang telah dimetrai... semasa couple xde pula ada halangan.. jadi.. apa kata kita anggapkan pertunangan itu sebagai satu ikatan yang tidak memberi banyak rintangan dan harunginya dengan perasaan yang senang hati...
perbincangan antara kedua pihak perlu jelas dan baik... agar semua perancangan dapat dilakukan dengan mudah dan berjalan dengan lancar..itu sahaja tips yang paling berguna supaya tidak timbul sebarang masalah...
barulah hubungan kita akan lebih erat antara keluarga dengan wujudnya hubungan yang baik antara satu sama lain...
okey... walaupun jom kita layan keratan gambar majlis umi dan mr. P ini... :)