Wednesday, March 18, 2015

lagi.. cara penyimpanan susu ibu

yes... akhirnya dapat juga maklumat tentang susu ibu... daripada info ini.. susu ibu tidak akan basi.. tetapi nutrien dalam susu ibu akan berkurangan... jadi... bagi mengelakkan nutrien susu ibu hilang... kita kene simpan susu dengan cara yang betul....

Panduan Penyimpanan Susu Ibu (EBM)

Apabila anda berminat dan berazam untuk menyusukan bayi secara eksklusif, anda harus menimba ilmu penyusuan secukupnya. Ya, dengan ilmu di dada, penyusuan susu ibu semudah ABC. Antara yang anda perlu ketahui adalah cara penyimpanan susu ibu (EBM) dengan betul agar khasiat-khasiat susu ibu kekal terpelihara. Pastinya anda mahukan khasiat terbaik buat bayi kan?

Rata-rata ibu bekerjaya akan menyimpan stok susu buat bekalan si manja seharian bersama pengasuh. Tahukan anda bahawa susu ibu mengandungi sel-sel hidup. Jadi. ia harus disimpan dengan betul dan dalam bekas yang bersih agar nutrient di dalamnya terpeliharan dan susu tidak rosak atau tercemar. Secara semulajadi susu ibu mengandungi anti-baketeria yang membolehkannya disimpan lama dan kekal segar.

mengikut gambar di atas,

Suhu bilik– susu bertahan selama 4 jam
Cooler bag/box– susu bertahan 12-24 jam
Peti ais bawah 2 pintu (Refridgerator)– boleh bertahan paling lama 72 jam tetapi sebaiknya 48 jam
Peti ais atas 2 pintu (freezer)– bertahan paling lama 3-6 bulan bergantung kepada kekerapan pintu itu dibuka.. tapi saya suka ambil tempoh 3 bulan sahaja
Peti ais 1 pintu– bertahan paling lama 2 minggu sahaja
Deep freezer – boleh bertahan 6-12 bulan bergantung kepada kekerapan pintu itu dibuka sebab suhu berubah setiap kali dibuka.. tapi saya suka ambil tempoh 6 bulan sahaja


Begitulah tempoh penyimpanan yang selamat bagi susu ibu. Tetapi untuk bayi pramatang, tempohnya berbeza sedikit dan anda boleh rujuk dalam carta di bawah.





Panduan menyahsejukbeku susu ibu:

Sekiranya anda hendak menggunakan susu yang telah dibekukan pada esok hari, turunkan susu tersebut ke peti ais bawah pada malamnya.
Untuk memanaskan susu, rendamkan botol/bekas susu tersebut di dalam air panas suam (air terlalu panas akan merosakkan kandungan nutrient dalam susu tersebut).
Goyangkan sedikit botol/bekas susu untuk memberi suhu sekata pada susu dan rasakan dulu suhunya di belakang tangan anda sebelum memberikan susu kepada bayi.


Tahukah anda bahawa susu ibu tidak akan basi tapi mudah tercemar jika tidak disimpan dengan betul. Ini panduan asas penyimpanan susu ibu:


  1. Botol/bekas simpan susu mesti dibasuh bersih dengan sabun, direndam dan dibilas dengan air panas mendidih serta dikeringkan sepenuhnya sebelum disimpan.
  2. Catat tarikh perahan pada botol/bekas susu sebelum disimpan
  3. Simpan susu dalam kadar mencukupi untuk tempoh 1 kali penyusuan (cth: 3-4 oz satu bekas)
  4. Jangan simpan susu hingga penuh bekas/botol. Tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku semasa proses pembekuan.
  5. Sebaiknya simpan susu yang hendak dibekukan di bahagian sejuk dahulu sebelem dipindahkan ke bahagian freezer untuk mengelakkan nutrient di dalamnya rosak akibat perubahan suhu mendadak
  6. Elakkan menyimpan susu di bahagian pintu peti sejuk kerana pintu kerap dibuka tutup mengakibatkan suhu tidak stabil di bahagian itu.
  7. Digalakkan simpan susu di bahagian paling atas dan paling dalam peti keranan suhu di situ lebih stabil dan sekata
  8. Jika menggunakan cooler bag, pastikan ice pack mencukup, ganti ice pack jika perlu dan elakkan membuka bag dengan kerap agar suhu dapat distabilkan sebaik mungkin.


Panduan tambahan bagi ibu bekerjaya

Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk/cooler bag. Dalam perjalanan balik mengguanakan cooler bag, pastikan ice pack mencukupi untuk perjalanan balik agar susu perahan kekal sejuk. Sampai di rumah, anda boleh menyimpan susu tersebut di dalam peti sejuk bawah atau atas. Elakkan menyimpan susu di tempat sejuk beku di pejabat atau anda akan mengalami kesukaran untuk membawanya pulang (susu yang telah beku mesti dipastikan sentiasa beku dan tidak boleh mencair walau sedikit dalam perjalanan pulang)
Susu beku yang telah mula cair walaupun sedikit tidak boleh dibekukan semula. Anda harus menyimpannya di peti sejuk bawah dan perlu digunakan dalam tempoh 24 jam ia mula mencair.
Sebaiknya simpan susu perahan di peti sejuk bahagian bawah sekiranya ia untuk stok beberapa hari. Selepas hari ke –5 jika masih belum digunakan, anda boleh menyimpannya di bahagian beku/freezer.
Susu perahan yang dibekukan yang kehilangan sedikit nutrients akibat proses pembekuan tetapi khasiatnya tetap jauh lebih baik dari susu formula. Jadi anda harus memberikan bayi anda susu secara direct feeding, susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi kandungan nutrient untuk bayi anda.
Jika susu yang telah dipanaskan untuk diberi kepada bayi tidak habis diminum, anda boleh menyimpan semula susu itu dalam peti sejuk bahagian bawah untuk digunakan dalam tempoh tidak lebih dari 2 jam. Sekiranya selepas penyusuan ke-2 itu masih berbaki, susu itu mesti dibuang.
Jangan panaskan susu dengan air panas menggelegak, microwave atau air melebihi suhu 70 degree Celcius kerana khasiat di dalamnya akan rosak.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat para ibu di luar sana. Keep pumping dan sentiasa amalakan konsep asas penyusuan iaitu Demand & Supply. Lebih kerap anda pump, lebih kosongkan payudara, lebih cepat dan banyak susu terhasil.

sumber: www.lifefit.my

kehamilanku....

Assalamualaikum... Ape kaba semua?? Lama x mengupdate blog ini... He he... Semenjak dah berkawen ni rase nk buat ape2 pun xboleh... Rutin harian yg Sgt sebuk derrr... Mane dgn keje disekolah... dirumah sendiri.. dirumah mak... dirumah mentua.... fuhhhh... ponat jugak la rsenye... tapiiii.... korg kne tahu bahawa... kawen ni menyeronokkan bak kata guru besar saye menyesal klu kawen lmbt... hehe....

rupa-rupanye dah nk masuk 6 bulan dah kami kawen dan alhamdulillah rezki kami... im PREGNANT...yeaayyyy :-) :-) :-) skrg dah 7 minggu... but ade komplikasi bleeding lah... menyebabkan saye can't go anywhere... x boleh wat keje berat... dan xleh ikut abg sayam pegi kenduri kawen kawan... huwaaaaaa.... syg kne tinggallllll... uhuk3.... so skrg kt rmh mother I la... huhuhu...

okais.... nk story siket... mse mule bleeding... cpt2 g klinik.. mase tu dokter xde.. yg ade dokter ganti dr hospital besar... after she scanned me... she said baby inside not growth well.... Hah.... apa dia???? ya la... sepatutnye baby inside umur 9 minggu dah... tapi bout 7 weeks je... ALAMAK!!!! Camane ni... huwaaaa... sedey tao ble dokter  kata kne cuci... apalagi saye n abg sayam pun terjut la.... dokter.... xde cara lain ke???? lps tu pegi ke kecemasan... pastu kne la jolok 2 kali kt bawah ni... arggghhhh ngilu rasenye.... dokter kata nk check bleeding inside... xpela.. nk wat canekan... bende da jadi... huhhh... then keputusannye xtao mcm mne so knela g temujanji ngn dokter 2 minggu lagi....

tapi.. kami xputus asa... lps kak ipar bg nasihat suh jmp dokter lain.. kami pegi... then baru lege siket lps dgr dokter kata baby inside xnmpk mcm nk gugur... mcm mne nk tao tu? hah.. mai cek nk habaq kt hangpa...  kt scan tu... klu x bentuk bulat maka dgn itu kemungkinan gugur tu ade... so skrg mslhnye baby x membesar ikut minggu... itu akn menjadi masalah kpd kemungkinan utk dicuci.... jadi dokter bagi ubat untuk kuatkan rahim... jd dlm mse 2 minggu ni kne rehat dan mkn ubat semua dan lps 2 minggu nnt saye kne g scan baby inside utk tgk keadaan selanjutnya... harap sangat baby inside xde pape dan selamat dan sihat.... 

korang tolonglah doakan mama mi.... sayang sangat2 dkt baby... mama nk baby membesar dengan sihat.... semoga Allah mendengar rintihan ibu yang menaruh seribu harapan ini... 

Ya Allah, selamatkanlah kandunganku ini dari mara bahaya... semoga kandungan ku ini membesar dengan sihat... Amin Ya Rabb.... :(


nantikan episod kedua selepas 2 minggu....


Cara terbaik menyimpan susu ibu

Assalamualaikum....

huurmmmm....

che mi ada kekeliruan sikit pasal breastfeeding dan cara penyimpanan susu... masalah ni timbul bila... kakak che mi kata susu ibu tak boleh simpan lama dalam keadaan cair walaupun disimpan dalam peti sejuk... kalau dibekukan dan dinyahbekukan... kena terus minum sebab nanti susu basi... betul ke??? almaklumlah baru nak jadi mama ni macam2 kena tahu dan belajar....

jadi... untuk dapatkan kepastiaan... che mi try google dan dapat sikit sumber yang berguna pasal cara penyimpanan susu ibu....

Apakah cara terbaik untuk menyimpan susu badan?

Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat. 
Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.

Anda boleh menyimpan susu badan: 
Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.
Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku. 

Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut: 
Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku. 
Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.

Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.

Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. 

sumber:babycenter.com

minggu ke 37

Assalamualaikum....

good morning....

Alhamdulillah... syukur masih diberikan kesihatan yang baik untuk teruskan hidup di muka bumi Allah ni... baby pun dah masuk minggu ke 37.... WAHHHH.... baby dah nak tengok dunia xlama lagi... macam2 warna kat bumi ni nak.... banyak yang baby akan belajar lepas keluar dari perut mama nanti... semoga baby akan menjadi hamba Allah yang soleh dan menjadi khalifah Allah di muka bumi ni nanti... tak sabarnya nak tunggu baby lahir...

Hurmmmm....

Tak tau lah kalau readers pun ada masalah macam che mi ni... lepas minum air gula kali ketiga... che mi suspek kencing manis... lepastu memang kena buat rutin puasa dan cek darah sebanyak 4 kali sehari... kalaulah che mi ni suspek dari awal pregnancy.. confirm kena selalu gi klinik untuk cek darah... argggghhh... penat jugak... tambah lagi asyik kene keluar sekolah je.. memang melecehkan... walaupun baru dua kali keluar masuk sekolah...tapi hati ni rasa x seronok sebab kena mintak cikgu lain ganti kita... rasa serba salah jugak... tapi apakan daya... dah lumrah nak jadi mama memang macam gini... 

Alhamdulillah.. lepas cek darah.. doktor kata ok... kena sambung diet... dan doktor nak che mi puasa dan cek darah lagi sekali sebelum admit ward... sebabnya... kalau che mi masih tak beranak lagi sampai minggu ke 40... che mi kena paksa beranak lah bila sampai tarikhnya... sebabnya che mi ni dalam golongan ibu yang suspek kencing manis... so tak boleh post date bersalin nanti membahayakan baby...

Kepada mama wanna be semua... anda kena sedia maklum ye... mulai tahun 2015 ni... semua mama, ibu, ummi, bonda yang berumur 25 tahin keatas mesti minum air gula sebanyak 2 kali (kandungan 4 dan 7 bulan) hehehe..... jadi mummies kenalah bersedia ek... hihihi... che mi ni... pertama dan kedua kali muntah...memang teruk sangat rasanya... lepas tu kena buat ulangan minum air gula... che mi suh abang hantar balik rumah dan tidor sampai masa nak ambik darah semula... tanpa minum air masak.... dan resultnya... adalah kencing manis... hahaha... rasanya kalau che mi minum air masak.. kandungan gula dalam darah  mesti rendah.. kan3... bayangkan minum air gula berlebihan dalam.. memang manislah darah tu...

tapi... pastikan mummies tak tipu ye.... kalau muntah... maklumkankah pada doktor dan misi... kalau kita nomal xpe... tapi kalau kita memang ada kencing manis... macam mana dengan baby kita??? so... kalau sayangkan baby anda... pastikan anda betoi2 minum dan tak muntah ekkk... sama2lah kita jaga kesihatan diri kita dan bayi dalam rahim kita ni supaya dia membesar dengan sihat dan sempurna... AMIN....