Showing posts with label MOTVASI DIRI. Show all posts
Showing posts with label MOTVASI DIRI. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

Peluk Islam selepas lihat keajaiban "rapatkan saf"


Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr. Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isha’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.

Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu, ” Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?
Lelaki Amerika itu menjawab, ” Sekurang-kurangnya 2-3 jam”
Sheikh itu berkata, ” Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?”
Lelaki itu menjawab, ” Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!”
Sheikh itu berkata lagi, ”Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?”
Lelaki Amerika itu menjawab, ” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!”
Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah ” RAPATKAN SAF… “
Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.
Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak lalu beliau berkata
“ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH” – I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger.

Lihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya kerana saf solat saja boleh menarik penganut agama lain untuk yakin dengan agama mulia. orang bukan Islam memeluk agama Islam setelah melihatkan keajaiban yang Allah tunjukkan.. tapi kenapa kita yang telah dilahirkan sebagai Islam tidak mengambil iktibar dan melakukan sebaik mungkin beriman dan beribadat kepada Allah yang satu....

renung-renungkanlah.... pedoman untuk diri sendiri jugak =)


Saturday, February 23, 2013

Amarah boleh mengundang musibah....

Assalamualaikum wbt...


Selamat tengah hari semua.... semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam... dan moga kita sentiasa memperbaiki amal kita supaya iman kita semakin kukuh dan utuh dan mendapat keredhaanNYA... Amin...


Seperti tajuk yang di taip di atas... kadang2 kita tak tahu bila.. di mana... dengan siapa kita akan marah... ketidak jangkaan untuk memarahi orang pun kita tak tahu bila... sebab semua ni sudahpun tertulis dalam diari hidup kita yang mana hanya ALLAH saje yang tahu....

jadi... kita kene sentiasa bersedia... sentiasa beristighfar... bertasbih semoga hati kita akan sentiasa tenang supaya kita tak mudah marah.... kenapa saya kata begitu?? kita manusia yang tak sempurna.. jadi kita sentiasa akan melakukan kesilapan... kadang-kadang tak semena-mena kita marahkan orang... sebenarnya orang tu tak bersalah... mungkin hati kita sedang dalam kepanasan... so sembur ajelah dekat sape2 yang dekat dengan kita... kesian dia..

so you can try this tips for cool down your anger... :)

Berwuduk
Ini adalah cara terbaik. Ketika anda sedang marah, berwuduklah. Pasti akan redha kemarahan itu. Selain itu, wuduk juga dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. So, amalkan la dengan berwuduk.

Beribadat
Perkara paling senang untuk dilakukan. Bagi umat Islam hari-hari diwajibkan solatkan?? Solat tu dah dikira ibadat. So jangan lah tinggal solat. Senangkan. Solat dapat menenangkan diri anda. Anda juga boleh melakukan ibadat lain seperti qiamullail, baca al-quran dan macam-macam lagi sebagai tambahan.

Makan Coklat
Ada kajian yang menyatakan bahawa makan coklat dapat mengurangkan tekanan darah dengan membesarkan pembuluh darah. So kurang lah naik darah tu.

Melihat Pemandangan Cantik
Melihat alam ciptaan Allah ini memang banyak hikmahnya. Kagum dengan segala ciptaanNya. Hati anda akan lebih sejuk.

Amalkan Minum Teh
Teh dapat menurunkan kadar peningkatan hormon marah. So bila tiada hormon tu, anda tidaklah naik angin tidak tentu pasal jer.

Menonton Video Atau Cerita Lucu
Dengan menonton dan menbaca sesuatu yang lucu anda akan ketawa. Dengan ketawa anda boleh menghilangkan sedikit sebanyak duka atau masalah-masalah yang berlaku. Anda akan merasa lebih happy.

Berurut
Anda boleh mengurut sendiri kepala anda. Ataupun nak lebih sedap suruhla rakan-rakan anda ataupun sesiapa saja yang urut. Kalau rasa banyak duit boleh pegi spa. Satu badan dia urutkan.

Mandi
mandi jugak boleh meredakan kemarahan.Apabila kita mandi seluruh tubuh akan kembali sejuk dan boleh meredakan atau mengurangkan sesuatu  kemarahan

Meluahkan Perasaan
Kadang-kadang bila kita simpan sesuatu didalam hati kita menyebabkan kita akan cepat naik marah. So, jika ada sengketa berkongsilah dengan sesiapa saja. Kita akan memperoleh banyak cara untuk melerai kerumitan yang terjadi. Jangan tanggung seorang diri. Lebih banyak kita kongsi, lebih banyak idea yang akan diperolehi untuk selesaikan masalah.

selamat mencuba ;)

sumber dari hazissac.blogspot.com